Klopp puas hati persembahan pemain The Reds

Jurgen Klopp. - Foto AFP
Jurgen Klopp. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp berpuas hati persembahan para pemain The Reds ketika melakar keputusan seri 1-1 berdepan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge.

Malah, Klopp menyifatkan kelab Merseyside itu memulakan kempen dengan baik biarpun pasukan pelawat mempunyai kelebihan dalam perlawanan tersebut.

“Saya okey dengan keputusan perlawanan ini apabila ia bermula dengan permulaan yang sangat baik, saya sangat menyukainya.

“Apa yang kami usahakan semuanya ada dalam perlawanan ini, tapi apabila kami membuka pintu untuk Chelsea, kami mula kehilangan bola dalam satu atau dua situasi yang tidak perlu. Dan Chelsea menjadi lebih baik dalam permainan.

“Ya, banyak perkara yang saya suka, namun terdapat juga beberapa perkara yang saya tidak suka. Ia adalah perlawanan pertama di tempat yang sukar, dan saya cenderung melihatnya sebagai sesuatu yang positif,” kata Klopp.

Terdahulu, Liverpool yang tampil lebih agresif memimpin perlawanan pada minit ke-18 hasil jaringan pemain Colombia berusia 26 tahun Luis Diaz yang menewaskan penjaga gol Robert Sanchez.

Bagaimanapun keputusan itu tidak kekal lama apabila Chelsea dengan tenang menyamakan kedudukan menerusi tonggak pertahanan Axel Disasi yang menewaskan penjaga gol Alison Becker pada minit ke-37.

Artikel Berkaitan: