KL City FC raih tiga mata berharga

Penjaga gol Sri Pahang FC, Mamadou Samassa berjaya menyekat percubaan pemain KL City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. - Foto FB Sri Pahang FC
Penjaga gol Sri Pahang FC, Mamadou Samassa berjaya menyekat percubaan pemain KL City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. - Foto FB Sri Pahang FC
A
A
A

SKUAD KL City FC meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Sri Pahang FC 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Beraksi di padang becak menyaksikan pergerakan kedua-dua pasukan agak terbatas, namun ia masih mampu menyaksikan asakan-asakan berbahaya ke pintu gol lawan masing-masing.

Hasil keadaan kelam kabut di depan gawang Sri Pahang FC, KL City FC akhirnya berjaya meledak gol pertama menerusi jaringan penyerang, Muhammad Haqimi Azim Rosli pada minit ke-31.

Tersentak dengan gol berkenaan, Sri Pahang FC dilihat cuba bangkit dengan mengatur asakan ke gawang tuan rumah bagi menyamakan kedudukan.

Namun, asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan bagi menambah jaringan.

Hasilnya, kapten skuad The City Boys, Zhafri Yahya berjaya memanfatkan peluang di depan gawang skuad TokGajah bagi menjaringkan gol kedua pada minit ke-72.

Gol berkenana dilihat semakin menyemarakkan gagal kesebelasan KL City FC untuk melancarkan asakan ke gawang tuan rumah bagi menambah jaringan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tiada sebarang jaringan tambahan berjaya dihasilkan dan menyaksikan kedudukan 2-0 memihak kepada KL City FC kekal hingga ke wisel penamat.