Liverpool perlu rehatkan Alexander-Arnold

Aksi hambar Alexander-Arnold di benteng Liverpool menerima kecaman peminat. - Foto Agensi.
Aksi hambar Alexander-Arnold di benteng Liverpool menerima kecaman peminat. - Foto Agensi.
A
A
A

PENGKRITIK bola sepak meminta Jurgen Klopp memberikan 'cuti rehat' kepada Trent Alexander-Arnold berikutan prestasi hambarnya dalam Liga Juara-Juara minggu ini.

The Reds berada dalam situasi sukar selepas memalukan 1-4 di tempat lawan kepada Napoli.

Kemampuan pemain pertahanan England itu dipersoal peminat apabila dia dilihat tidak mempedulikan serangan pasukan Itali itu dengan kerap membuka ruang.

Pemain berusia 24 tahun itu menerima kritikan setiap minggu dan dia turut dipersalahkan atas jaringan Fulham dan Manchester United.

Tiada siapa yang meragui kecemerlangan Alexander-Arnold ketika serangan balas, tetapi semasa pertahanan dia tidak pernah dilihat mempunyai kemampuan untuk bertahan dengan baik.

Rob Segal yang dikenali dengan 'Super ejen' percaya persembahan dan bahasa badan yang ditunjukkan pemain itu adalah disebabkan rasa angkuh.

Katanya, pemain itu mengetahui bahawa Klopp tidak mempunyai pilihan di bahagian bek belakang kanan yang boleh digunakan.

“Liverpool berdepan masalah kecederaan yang besar dan pemain seperti Trent Alexander-Arnold mungkin memerlukan rehat yang berpanjangan.

Artikel Berkaitan:

“Namun kerana kedudukannya di dalam kelab anda boleh rasakan keangkuhannya apabila dia perlahan-lahan berlari kembali ke gawang.

“Alexander-Arnold tahu tidak kira apa yang dia lakukan, betul atau salah, dia mungkin akan tetap diturunkan minggu demi minggu,” katanya kepada Caught Offside.

Mungkin sukar untuk melabel Alexander-Arnold yang memperoleh £180,000 (RM939,410) seminggu sebagai sombong, tetapi mungkin terdapat tanda tanya mengenai bahasa badannya.