Dua lelaki larikan barang kemas, duit bernilai RM660,000

Polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
A
A
A

IPOH - Barang kemas dan wang tunai bernilai lebih RM600,000 dilarikan dua lelaki dalam satu rompakan kedai emas di Taman Ipoh Jaya di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 10.15 pagi itu, dua lelaki terbabit dikatakan telah mengacukan senjata menyerupai pistol kepada tiga pekerja kedai berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga pekerja itu hendak membuka kedai bagi memulakan perniagaan.

"Tiga pekerja itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

"Dalam kejadian ini, suspek telah berjaya melarikan sejumlah barang kemas dan wang tunai dengan anggaran nilai RM660,000," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya mengalami kerugian lebih RM600,000 dalam satu rompakan pada Sabtu.
Sebuah kedai emas di Taman Ipoh Jaya mengalami kerugian lebih RM600,000 dalam satu rompakan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan siasatan forensik dan bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) telah menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Katanya, polis sedang giat mengesan dua suspek terlibat yang masih bebas bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Fadli Ahamd di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan," katanya.

Mohd Yusri mengingatkan agar pengusaha perniagaan berisiko tinggi seperti kedai emas dan institusi kewangan untuk mempertingkatkan langkah keselamatan dan pencegahan jenayah di premis masing-masing.

"Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri serta harta agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini," katanya.