Bajet 2023 tumpu empat agenda: Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sempena Karnival Gegar Kerjaya di Stadium Tertutup Kuala Selangor, pada Sabtu.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang sempena Karnival Gegar Kerjaya di Stadium Tertutup Kuala Selangor, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Empat agenda utama menjadi tumpuan pembentangan Bajet 2023 dijadualkan pada 7 Oktober depan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, empat tumpuan itu ialah kepada rakyat, perniagaan, ekonomi dan institusi kerajaan.

Menurut Tengku Zafrul, kerajaan pada dasarnya memberi tumpuan untuk membentangkan belanjawan pemulihan bagi menyokong usaha pembaharuan ekonomi lebih meluas dan berjangka panjang.

"Harap dengan cabaran ekonomi global pada 2023, negara bersedia bangkit untuk pemulihan ekonomi, industri, kehidupan dan pekerjaan terutama kepada mereka yang terjejas teruk kerana pandemik (Covid-19)," katanya dalam sidang akhbar selepas Karnival Gegar Kerjaya di Stadium Tertutup Kuala Selangor, pada Sabtu.

Tengku Zafrul berkata, kadar inflasi negara masih rendah berbanding negara lain walaupun terdapat peningkatan.

Tambah beliau, dalam pembentangan bajet itu nanti, tumpuan juga terarah kepada meneruskan bantuan kerajaan kepada golongan B40.

Katanya, golongan B40 antara golongan paling terkesan akibat penularan Covid-19 selain daripada cabaran kos sara hidup semakin meningkat.

"Kita berdepan cabaran hidup tinggi akibat kadar inflasi, gangguan bekalan, rantaian makanan dan sebagainya disebabkan apa yang berlaku dalam geo politik dunia dan sebagainya," kata beliau.

Artikel Berkaitan: