Bajet 2023 dijangka dibentang pada 7 Oktober

ISMAIL SABRI - Foto Bernama
ISMAIL SABRI - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang dijadualkan pada 28 Oktober depan kini diawalkan pada 7 Oktober.

Memetik laporan The Star, perubahan itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung pada Jumaat.

Keputusan terbaharu yang menyaksikan pembentangan penting itu diawalkan tiga minggu daripada tarikh jadual asal itu menjadi petunjuk bahawa pilihan raya umum bakal diadakan tidak lama lagi.

Sementara itu sumber rasmi BN menjangkakan Parlimen boleh dibubarkan selepas belanjawan dibentangkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan belanjawan selepas Dewan Rakyat memulakan mesyuarat seterusnya pada 3 Oktober.

Berikutan arahan kabinet itu, langkah seterusnya ialah memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan kepada Ahli Parlimen tentang tarikh baharu pembentangan bajet berkenaan.

Artikel Berkaitan: