Peranan netizen dalam spekulasi MH370

Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 didakwa kini berada di sebuah pulau batu karang kecil di tengah-tengah Lautan Hindi itu. - Foto 123rf
Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 didakwa kini berada di sebuah pulau batu karang kecil di tengah-tengah Lautan Hindi itu. - Foto 123rf
A
A
A

SEJAK tersebarnya beberapa keping gambar yang didakwa mirip wajah mangsa-mangsa insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak beberapa minggu lalu, nampaknya netizen Malaysia terarah kepada akaun Facebook American Forces Network (AFN) Diego Garcia.

Antara yang mendapat perhatian ialah seorang lelaki yang mempunyai wajah seakan-akan Kapten Zaharie Ahmad Shah; pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid; ketua pramugara pesawat, Andrew Nari dan beberapa kru kabin serta penumpang yang lain.

Hampir setiap hari netizen Malaysia meluangkan masa memenuhi ruangan komen sambil berbual sesama sendiri dalam bahasa Melayu pada setiap hantaran laman tersebut.

Pesawat MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 didakwa kini berada di sebuah pulau batu karang kecil di tengah-tengah Lautan Hindi itu.

Sejak hari pertama insiden itu berlaku sehingga hari ini, pelbagai teori dan dakwaan ditimbulkan netizen namun tiada satu pun dapat dibuktikan.

Bagi Merak Jalanan, selagi tiada bukti nyata yang disahkan, selagi itu ia hanyalah satu spekulasi.

Tidak salah untuk netizen menyatakan pendapat masing-masing di laman sosial tetapi jangan pula keterlaluan sehingga boleh menggugat ketenteraman awam.

Cuma, apa yang Merak Jalanan perhatikan, ruangan komen di laman sosial menjadi tempat netizen bersatu hati meluahkan perasaan dan seolah-olah mereka tahu segalanya apa yang ada di pulau berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Melihat kepada situasi ini, Merak Jalanan terfikir, sekiranya netizen Malaysia boleh bersatu hati di laman maya, adalah lebih bagus boleh perluaskan lagi untuk perkara berfaedah.

Misalnya, menentang amalan rasuah yang berlaku di dalam negara.

Tak guna kalau menjadi ‘jaguh’ di alam maya, tetapi tidak berani menggunakan kelebihan yang ada membersihkan Malaysia daripada korupsi.