10 maut bangunan kediaman runtuh di Aleppo, Syria

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

DAMSYIK - Sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di bandar Aleppo, utara Syria pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang, lapor Xinhua memetik Agensi Berita SANA.

Mayat enam wanita, tiga kanak-kanak dan seorang lelaki ditemukan di bawah runtuhan di kawasan kejiranan al-Fardous, menurut laporan itu.

Sementara itu, seorang wanita dan seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital.

Pihak berkuasa dilaporkan mula mengosongkan bangunan berhampiran.

Memetik pegawai penguatkuasa di Aleppo, bangunan yang runtuh itu didakwa telah dibina secara haram tanpa kebenaran pihak berkuasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: