PRU15: Pas ajak bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah

Kenyataan Dewan Ulamak Pas pada Khamis. (Gambar dalam : Ahmad Yahya)
Kenyataan Dewan Ulamak Pas pada Khamis. (Gambar dalam : Ahmad Yahya)
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Pusat menggesa semua pihak bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah bagi mendepani cabaran mendatang khususnya dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) kelak.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya berkata, gagasan tersebut merupakan pintu gerbang penyatuan bukan sahaja umat Islam bahkan juga golongan bukan Islam yang berpegang kepada prinsip yang sama.

Menurut beliau, gagasan penyatuan ummah adalah pendekatan terbaik menyatupadukan umat Islam selain membentengi kebobrokan dicetuskan sesetengah kelompok berkepentingan dalam negara.

"Hal yang demikian termasuklah menjadikan gagasan ini sebagai formula boleh menang dalam PRU-15.

"Sudah sampai masanya umat Islam bersatu padu mempertahankan Islam daripada segala aspek khususnya medan politik yang sentiasa terbuka kepada ruang eksploitasi musuh.

"Ironinya, masih ada pihak yang sanggup mengenepikan gagasan ini semata-mata mahu mempertahankan kepentingan sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Dewan Ulama Pas Pusat turut mengulangi gesaan bahawa gagasan penyatuan ummah merupakan strategi paling ampuh untuk memastikan kemenangan dalam PRU-15.

"Ia hadir menangani kerosakan pemerintahan Pakatan Harapan dan sewajarnya diteruskan bagi memperkukuhkan kedudukan Islam dalam negara," tambah beliau.

Artikel Berkaitan: