Pas ajak UMNO bersatu bawah payung kesatuan

Nuridah dan tangkap layar kenyataan Facebook Dewan Muslimat Pas.
Nuridah dan tangkap layar kenyataan Facebook Dewan Muslimat Pas.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Muslimat Pas mengajak UMNO untuk bersatu di bawah payung kesatuan Islam dan Melayu dengan meletakkan asas kesatuan demi perpaduan ummah.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh berkata, tempoh selama lebih enam bulan sudah mencukupi bagi UMNO berada di bawah jajaran 'khemah besar' yang dilihat ternyata cantik di luar, namun penuh kekotoran di dalamnya.

Justeru beliau berkata, UMNO harus mengambil langkah berani untuk bersama blok yang betul demi survival agama, bangsa dan negara.

"Kita menyeru pimpinan UMNO untuk kembali memegang prinsip perjuangan dan mengangkat wibawa kepimpinan ke tempat yang tinggi.