Cahaya indah di lihat dari angkasa lepas

Cahaya Utara kelihatan dari angkasa lepas ketika ISS beredar di atas Lautan Hindi baru-baru ini. - Foto Twitter/Space Station
Cahaya Utara kelihatan dari angkasa lepas ketika ISS beredar di atas Lautan Hindi baru-baru ini. - Foto Twitter/Space Station
A
A
A

WASHINGTON - Satu rakaman video menunjukkan Cahaya Utara atau aurora yang kelihatan dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) baru-baru ini.

Ia dirakam oleh angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di ISS ketika bergerak di atas Lautan Hindi yang diliputi cahaya aurora.

Aurora berlaku apabila zarah daripada ribut suria 'menyerang gas' di atmosfera planet bumi.

Walaupun angkasawan di ISS mendapat pemandangan unik tentang fenomena itu, keajaiban alam semula jadi juga boleh disaksikan dari bumi dengan sudut pandang terbaik di tempat-tempat di utara jauh seperti Alaska, Kanada, Iceland, Greenland, Norway, Sweden dan Finland.

Di bahagian selatan bumi, kawasan-kawasan seperti Tasmania dan New Zealand menawarkan pemandangan aurora yang terbaik.

Video itu boleh dilihat di Twitter. - Agensi

Artikel Berkaitan: