Pemimpin jangan biarkan rasuah rosakkan negara

Muhamad Razak
Muhamad Razak
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin di setiap peringkat dalam kerajaan, politik dan masyarakat seharusnya tidak terlibat dengan rasuah supaya tidak menjadi punca kerosakan terhadap negara.

Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Falsafah UKM, Dr Muhamad Razak Idris berkata, apa yang berlaku terhadap bekas pimpinan negara baru-baru ini perlu menjadi tauladan kepada semua pihak.

Menurut beliau, apabila rasuah dijadikan kebiasaan dan norma dalam hidup ia ditakuti menyebabkan negara hilang maruah dan integriti.

“Sudah tentu kesannya besar terutama apabila melibatkan pandangan terhadap masyarakat Islam di negara kita,” katanya ketika menjadi panelis Kompas Rasuah Busters: ‘Jatuh Pemimpin Kerana Korupsi’ yang disiarkan disemua platform Sinar Harian, pada Rabu.

Turut menjadi panelis ialah bekas Majistret dan Pesalah Rasuah, Mohd Firdaus Ramlan serta Peguambela dan Peguamcara Fahmi Abd Moin manakala Hazlin Hussain bertindak sebagai moderator.

Katanya, sehubungan itu pemimpin perlu berpegang teguh dengan jalan kebaikan serta kebenaran.

“Jangan terikut dengan budaya yang meletakkan kemewahan untuk bermegah-megah.

“Islam menganjurkan kehidupan sederhana atau wasatiah. Jangan jadikan kebendaan sebagai norma kehidupan dan akhirnya menjadikan rasuah.

Artikel Berkaitan:

“Harta yang banyak diperoleh dengan cara rasuah tidak ada nilai di sisi ALLAH malah hanya menambah kemurkaan ALLAH dan berdosa besar.

“Sepatutnya harta kita miliki adalah untuk disedekahkan demi membina masyarakat dan membantu golongan memerlukan. Namun apa yang berlaku pemimpin dah lari dari prinsip dan dasar agama,” kata beliau.