Chelsea pecat Tuchel

Thomas Tuchel. - Foto Agensi
Thomas Tuchel. - Foto Agensi
A
A
A

NASIB malang menimpa Thomas Tuchel apabila dipecat oleh Chelsea selepas 20 bulan mengendalikan skuad The Blues.

Keputusan mengejutkan itu dibuat selepas The Blues tewas 0-1 kepada Dinamo Zagreb pada aksi sulung Kumpulan E Liga Juara-Juara pada Rabu.

Kekalahan tipis kepada kelab dari Croatia itu disifatkan sebagai aksi paling buruk dipamerkan skuad bimbingan Tuchel.

Pengurusan kelab dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Chelsea memecat Tuchel sebagai ketua jurulatih.

"Kelab ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Thomas (Tuchel) atas segala usaha sepanjang tempoh bersama Chelsea.

"Thomas sepatutnya mendapat tempat dalam sejarah Chelsea selepas memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab pada zamannya di sini," katanya.

Chelsea ketika ini menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris setelah mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri.

Artikel Berkaitan: