Prestasi buruk Chelsea punca tewas

Pemain Dinamo Zagreb, Mislav Orsic (tengah) melakukan percubaan ke pintu gol Chelsea untuk gol tunggal perlawanan. - Foto Reuters
Pemain Dinamo Zagreb, Mislav Orsic (tengah) melakukan percubaan ke pintu gol Chelsea untuk gol tunggal perlawanan. - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan kekalahan 0-1 kepada Dinamo Zagreb pada aksi sulung Kumpulan E Liga Juara-Juara di Stadium Maksimir pada Rabu adalah hasil daripada aksi buruk yang dipamerkan skuad kendaliannya.

Menurut Tuchel, dia sendiri bagai hilang kata-kata apabila menyaksikan aksi yang dipamerkan kesebelasan The Blues pada perlawanan berkenaan.

“Saya tidak tahu dari mana ‘persembahan’ ini datang. Semuanya seperti tidak menjadi dan seolah-olah saya tidak mengenali pasukan ini lagi.

“Tidak ada kesungguhan, tidak ada keinginan dan tidak ada intensiti daripada pemain dan saya tidak tahu bagaimana semua ini boleh berlaku.

“Oleh itu, sudah pasti sebagai pengendali saya sememangnya marah dan tidak berpuas hati dengan perkara ini dan sesuatu perlu dilakukan bagi membetulkannya sebelum berlarutan,” katanya.

Pada aksi berkenaan, jaringan tunggal pemain Zangreb, Mislav Orsic pada minit ke-13, ternyata sudah memadai untuk kelab Croatia itu meraih tiga mata berharga.

Sementara itu, Tuchel turut tertanya-tanya mengenai prestasi yang dipamerkan trio serangan The Blues yang diterajui Raheem Sterling, Pierre-Emerick Aubameyang dan Kai Havertz.

Katanya, trio berkenaan dilihat gagal menghasilkan asakan-asakan yang ‘menggerunkan’ ke gawang tuan rumah selain menyaksikan gerakan-gerakan mereka mudah dipatahkan benteng pertahanan lawan.

Artikel Berkaitan:

“Selain jentera serangan, benteng pertahanan kami juga dibolosi ketika kami sedang melakukan serangan balas... sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Apapun, saya memang terkejut dengan prestasi yang dipamerkan pemain kali ini dan ia akan diperbaiki,” katanya.