Jack Nicholson keluar rumah selepas 18 bulan berkurung

Jack Nicholson keluar rumah selepas 18 bulan berkurung. - Foto SplashNews
Jack Nicholson keluar rumah selepas 18 bulan berkurung. - Foto SplashNews
A
A
A

BINTANG filem legenda, Jack Nicholson yang tidak keluar dari rumah sejak lebih setahun lalu membuatkan jiran-jirannya berasa bimbang dengan keselamatan aktor tersebut.

Nicholson yang tinggal di kawasan Mullholland Drive, Beverly Hills didakwa sudah 18 bulan tidak keluar rumah.

Jiran-jiran mendakwa lebih setahun tidak melihat kelibat Nicholson keluar dari kediaman yang bernilai RM44 juta tersebut.

Akibat risau dia mati keseorangan di dalam rumah, mereka membuat aduan beberapa kali kepada pihak berkuasa, dan akhirnya kelibat Nicholson muncul buat pertama kali selepas 18 bulan, lapor DailyMail.uk.

Selepas keluar, Nicholson, 85, dilihat menghabiskan masa dengan meninjau keadaan sekeliling melalui balkoni pada 13 April 2023.

Pemenang tiga kali anugerah Oscar tersebut memakai kemeja-T berwarna jingga dengan rambut kurang terurus.

Sebelumnya jiran-jiran aktor itu mendakwa Nicholson kali terakhir dilihat menghabiskan masa bersama salah seorang anaknya, Ray, pada Oktober 2021.

Ramai yang bimbang jika Nicholson mengalami masalah kesihatan kerana berkurung terlalu lama di dalam rumah tanpa melihat dunia luar.

Namun bekas hos di Fox News, Bill O'Reilly mengatakan sahabatnya itu berada dalam keadaan sihat dan masih bijak berfikir. - Agensi