Bekas PM Britain jadi 'polis'

Johnson lengkap memakai ves kalis peluru ketika menyertai operasi tersebut pada minggu lalu. - Foto: Agensi
Johnson lengkap memakai ves kalis peluru ketika menyertai operasi tersebut pada minggu lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - Kira-kira seminggu sebelum meletakkan jawatan secara rasmi, bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dikatakan telah 'menukar profesion'.

Johnson dilaporkan menyertai operasi polis di Lewisham di selatan London pada minggu lalu.

Kemunculannya bagaimanapun mengejutkan pemilik rumah berkenaan yang tidak henti-henti ketawa kerana terkejut malah dia turut merakamkan sosok pemimpin tersebut yang lengkap memakai ves kalis peluru dengan kamera telefon bimbit.

Johnson, 58, mengiringi pemangku Pesuruhjaya, Sir Steve House dan anggota unit jenayah Polis Metropolitan London ketika operasi itu yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk membanteras rangkaian dadah di ibu kota tersebut.

"Apa khabar?" ujar Johnson dengan lembut ketika menyapa suspek.

Suspek tersebut yang terlalu teruja bagaimanapun tidak mengendahkan kehadiran polis.

"Wagwan Boris!" katanya dalam slanga British-Jamaica berulang kali yang bermaksud apa sedang berlaku.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa akhirnya berjaya menemui dadah kelas B dan peralatan lain.

Artikel Berkaitan:

Suspek kemudiannya ditahan tidak lama selepas itu.

Bekas Datuk Bandar London itu turut membuat kenyataan memuji Parti Konservatif dalam menangani kes jenayah di London.

"Lihat kadar jenayah di kawasan kejiranan kita, ia telah menurun kira-kira 38 peratus sejak 2019. Kejayaan itu bukan hanya hasil usaha Polis Metropolitan London tetapi di seluruh negara," jelasnya lagi. - Agensi