Peranti Siswa usaha kerajaan untuk golongan muda

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Annuar Musa menegaskan keperluan anak muda khususnya mahasiswa dalam pemberian peranti menerusi Program PerantiSiswa adalah usaha kerajaan terhadap golongan itu.

Menerusi ciapan di Twitter, Annuar berkata, perolehan bagi program tersebut adalah dibuat secara tender terbuka.

"Berhempas pulas nak claim credit. SS (Syed Saddiq) janganlah SS (syok sendiri).

"Tablet yang ditulis gambar hiasan pun dijadikan isu.

"Kerajaan #KeluargaMalaysia dengar jelas keperluan anak muda tanpa perlu rujuk posting SS," katanya pada Isnin.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi terus tablet berjenama terkenal kepada semua penerima Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia.

Ujar Ismail, pemberian peranti itu sebagai penghargaan, sekali gus diharap menjadi pemangkin untuk mahasiswa belajar bersungguh-sungguh sehingga meraih keputusan cemerlang.

Sementara itu, Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkata, pemberian tablet itu adalah satu kemenangan buat anak muda.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah anak muda, kerana desakan kamu, kerajaan mendengar.

"Dulu kerajaan mahu beri pinjam tablet, selepas kita mendesak, ia diberikan secara terus dan percuma.

"Dulu nak beri tablet tidak berkualiti, selepas kita desak, beri tablet jenama Samsung terus," katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman sosialnya pada Isnin.