Kaki terbakar gara-gara vape

Bob Allshop mengalami kecederaan tahap tiga selepas vape di dalam poket seluarnya meletup.
Bob Allshop mengalami kecederaan tahap tiga selepas vape di dalam poket seluarnya meletup.
A
A
A

SEORANG lelaki nyaris maut selepas rokok elektronik atau vape yang disimpan di dalam poket seluar meletup dan menyebabkan kakinya terbakar.

Ketika kejadian Bob Allshop sedang bersiar-siar bersama anjing peliharaannya.

“Bunyinya seperti orang membuka penutup minuman. Saya pandang bawah dan lihat seluruh paha saya sedang terbakar.

“Saya terbakar kira-kira 30 saat. Apabila pulang ke rumah saya terpaksa mengoyakkan seluar dipakai dan membuangnya keluar kerana masih berbara,” katanya.

Akibat kejadian itu, Allshop mengalami luka terbakar tahap tiga di seluruh kaki kanannnya.

Menurutnya, dia tidak pernah mempunyai masalah dengan peranti itu. Namun, telah bertukar kepada bateri dari jenama lain selepas bateri asalnya rosak. - FoxNews

Artikel Berkaitan: