AS sedang berunding dengan Iran - Trump

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata Washington sedang mengadakan rundingan dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.
"Selat Hormuz kini dibuka, dengan urus niaga minyak yang lebih banyak berbanding sebelum ini... dan kami sedang berunding dengan Iran," katanya.
Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan Trump membincangkan usaha meredakan ketegangan serantau dalam perbualan telefon pada Jumaat, menurut Dewan Pemerintahan Negara Qatar (Amiri Diwan).
Al Thani dan Trump turut membincangkan "hubungan strategik antara kedua-dua negara serta langkah untuk menyokong dan memperkukuh hubungan itu," menurut Amiri Diwan dalam satu kenyataan.
Qatar bersama-sama Pakistan bertindak sebagai pengantara antara AS dan Iran bagi menamatkan perang yang bermula susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran pada akhir Februari. - Bernama/Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
