PRU15: Beri tumpuan kerusi disandang PBM

Zuraida (lima dari kiri) hadir pada sidang akhbar PBM di Kota Kinabalu.
Zuraida (lima dari kiri) hadir pada sidang akhbar PBM di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan memberi tumpuan kepada kerusi yang disandang milik parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Bakal presiden parti berkenaan, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, PBM akan bekerja keras untuk terus memperkukuhkan kedudukan parti dan menumpukan kepada kerusi yang yang disandang parti itu saja.

"Bagi kami PRU15 semakin hampir, jadi kita akan tumpu pada kerusi yang disandang saja. Yang lain kita kena bekerja keras dan perkukuhkan kedudukan parti di kawasan yang kita kuat sebagai persediaan untuk menghadapi PRU15.

"Sekarang kita baru saja selesai melakukan 'roadshow' di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, minggu hadapan di Johor dan Insya-ALLAH di Sabah untuk memperkenalkan parti," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Ahad.

Ditanya mengenai permohonan PBM untuk menyertai BN, Zuraida berkata, PBM sebuah parti fleksibel untuk menyertai mana-mana gabungan parti lain.

"Parti kita kukuh di peringkat akar umbi jadi kita fleksibel pada bila-bila masa untuk bergerak, kita akan uruskan apabila tiba masa ke tahap itu.

"Kami hanya parti kecil ketika ini tetapi dari segi kekuatan, saya fikir ia lebih baik dari beberapa parti lain. Jadi kami melihat kepada gabungan, kami meneliti. kita tidak bimbang kerana ada kekuatan dan ahli. Kita boleh pergi ke mana saja arah (gabungan)," katanya.

Artikel Berkaitan: