Muktamar Pas: Undangan diberi kepada Suraya Yaakob

Kenyataan di Facebook Zulkifli dimuat naik pada Sabtu.
Kenyataan di Facebook Zulkifli dimuat naik pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Pas menegaskan bahawa telah mengundang Badan Perhubungan UMNO Kedah ke Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah di sini.

Memetik kenyataan di Facebook Penolong Setiausaha Pas Kedah, Zulkifli Yahaya berkata, beliau diamanahkan untuk menyampaikan undangan terbabit kepada Datuk Suraya Yaakob.

"Saya serah sendiri dengan tangan kad jemputan pada Datuk Suraya Yaakob (satu-satunya Exco UMNO) di pejabatnya pada hari Selasa 30 Ogos.

"Datuk cuma ghenyeh (tersenyum) apa pun tak jawab," katanya memetik kenyataan terbabit yang dimuat naik pada Sabtu.

Zulkiffli membuat kenyataan berkenaan bagi membalas kenyataan UMNO yang mendakwa tidak menerima sebarang jemputan untuk menghadiri muktamar terbabit yang akan berakhir pada Ahad.

Pada Sabtu, Ketua UMNO Kedah Jamil Khir Baharom menerusi Facebook turut menyatakan bahawa tiada siapa pun dari pihak UMNO, termasuk dirinya sendiri, menerima undangan ke acara itu.

Jamil menjawab kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan bahawa pemimpin UMNO, termasuk Presiden, Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi dan ahli cawangan Kedah diundang ke muktamar tetapi mereka tidak hadir.

Artikel Berkaitan: