'Sudah dijemput tetapi tiada wakil hadir' - Takiyuddin

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

ALOR SETAR - Pas menjemput rakan-rakan gabungannya dalam Muafakat Nasional (MN), iaitu UMNO, MCA dan MIC untuk hadir perasmian Muktamar Tahunan parti itu namun tiada seorang wakil hadir.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemputan turut dipanjangkan kepada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, menurut beliau, jemputan yang dihantar tidak menerima sebarang reaksi balas daripada parti berkenaan.

Saya ingin tegaskan, dalam mesyuarat agung telah menjemput semua ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk hadir pada hari muktamar.

“Saya mengesahkan kita juga menjemput presiden dan pemimpin MCA dan MIC termasuk Dr Mahathir tetapi mereka tidak menerima jemputan itu," katanya ketika menjawab pertanyaan perwakilan yang mempersoalkan ketidakhadiran pemimpin parti-parti terbabit ke Muktamar Tahunan Pas ke-68 di Kompleks Pas Kedah.

Takiyuddin memberitahu, hanya dua parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan yang hadir.

Pada perasmian muktamar tersebut, kepimpinan UMNO tidak kelihatan manakala Bersatu diwakili Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai turut hadir.

Artikel Berkaitan: