Kontroversi KPPA: Pegawai imigresen selesai beri keterangan

Khairul Dzaimee
Khairul Dzaimee
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud memaklumkan bahawa pegawainya yang terbabit dalam insiden bersama Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sudah selesai memberikan keterangan kepada jawatankuasa khas menyiasat perkara tersebut.

“Saya boleh maklumkan ialah pegawai-pegawai saya telah selesai memberikan keterangan mereka dan maklumat tambahan diminta oleh jawatankuasa berkenaan telahpun kami bekalkan,” katanya ketika ditemui pemberita ketika program larian ‘Immigration Run 2022’ di sini pada Ahad.

Kabinet pada 6 Ogos lalu mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali menubuhkan jawatankuasa bagi menyiasat isu membabitkan Mohd Shafiq yang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai kanan Imigresen.

Beberapa media sebelum itu melaporkan tular dakwaan Mohd Shafiq menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan Imigresen dalam kejadian yang berlaku di KLIA.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagaimanapun menafikan tuduhan Ketua Pengarahnya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai Imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

JPA menjelaskan bahawa Mohd Shafiq membuat teguran terhadap imigresen khususnya Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.

Artikel Berkaitan: