YAKEB harap Lembah Klang jadi lokasi Wisma YAKEB

Ismail Sabri menyampaikan Skim Bantuan Khas Yakeb (alat sokongan perubatan) kepada salah seorang bekas atlet negara, Wan Harun Wan Ahmad pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke -7 YAKEB di Kuala Lumpur pada Sabtu.
FOTO: BERNAMA
Ismail Sabri menyampaikan Skim Bantuan Khas Yakeb (alat sokongan perubatan) kepada salah seorang bekas atlet negara, Wan Harun Wan Ahmad pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke -7 YAKEB di Kuala Lumpur pada Sabtu. FOTO: BERNAMA
A
A
A

YAYASAN Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berharap pembangunan Wisma YAKEB lima tingkat berserta dengan sebuah hotel bajet dapat dilaksanakan di Lembah Klang memandangkan hampir separuh daripada 2,905 ahlinya berada di Kuala Lumpur dan Selangor.

Bagaimanapun, Pengerusi YAKEB, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, ia terpulang kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menentukan lokasi yang sesuai dengan anggaran keluasan 1.5 hektar bagi projek tersebut.

Beliau menjelaskan, pembinaan hotel bajet di Wisma YAKEB dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada ahlinya selain membantu pihaknya menjana pendapatan sendiri.

"Kita tidak boleh bergantung harap kepada dana kerajaan semata-mata... kita perlu pastikan YAKEB ada sumber pendapatan lain juga," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-7 YAKEB yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum itu, Ismail Sabri, ketika merasmikan mesyuarat itu, meminta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk mengenal pasti sebahagian daripada tanah kosong milik KBS bagi tujuan pembinaan Wisma YAKEB. - Bernama

Artikel Berkaitan: