Seronok naik motosikal berkuasa tinggi sebelum sunat

Kanak-kanak seronok menaiki motosikal berkuasa tinggi sekali gus hilang rasa takut untuk berkhatan.
Kanak-kanak seronok menaiki motosikal berkuasa tinggi sekali gus hilang rasa takut untuk berkhatan.
A
A
A

TANAH MERAH - Keseronokan diarak menaiki motosikal berkuasa tinggi serta pacuan empat roda dan dimandikan beramai-ramai berjaya 'membuang' rasa takut dalam kalangan kanak-kanak yang bakal dikhatankan.

Ini diakui sendiri oleh salah seorang kanak-kanak, Mohd Farhan Irshad Mohd Azim, 7, yang mengatakan dia hampir terlupa untuk dikhatankan kerana terlalu gembira menikmati suasana diarak sejauh lima kilometer mengelilingi kampung serta dimandikan beramai-ramai.

Kanak-kanak dimandikan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah.
Kanak-kanak dimandikan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah.

"Awalnya perasaan takut ada, namun bila tengok ramai kawan-kawan perasaan takut itu hilang," katanya ketika ditemui pada program Sunathon Amal Alor Pasir 2022 di Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir, di sini pada Sabtu.

Program yang disertai oleh seramai 70 kanak-kanak lelaki itu dianjurkan bersama Masjid Al-Mustaqim Alor Pasir dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelantan.

Dia berkata, lebih menggembirakan lagi apabila abangnya, Mohd Akash Iqram, 12, turut sama berkhatan.

Sebelum dikhatankan mereka dimandikan secara beramai-ramai oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah.
Sebelum dikhatankan mereka dimandikan secara beramai-ramai oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah.

Sementara itu, pengelola majlis, Wan Ahmad Zairi Wan Ibrahim berkata, program tersebut merupakan kerjasama 11 NGO bagi membantu kanak-kanak lelaki daripada keluarga miskin dan anak yatim untuk menjalankan kewajipan berkhatan.

Artikel Berkaitan:

"Kita tahu kos untuk berkhatan adalah sekitar RM70 hingga RM100 seorang sehinggakan ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak berkemampuan.

"Dengan adanya program ini kami tanggung semuanya, daripada kos berkhatan sehinggalah kelengkapan lain seperti kain pelikat, ubatan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, ia merupakan program ketiga diadakan selepas di Banggu, Kota Bharu dan Teluk Renjuna, Tumpat.