Skandal LCS: Rafizi diarah beri keterangan hari ini

Rafizi
Rafizi
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul bagi memberi keterangan pada Sabtu.

Ia susulan laporan polis yang dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Rafizi yang didakwa memfitnahnya dalam isu berkaitan projek kapal tempur pesisir (LCS).

Rafizi berkata, beliau akan hadir ke IPD Sentul pada jam 3 petang Sabtu.

"Saya dipanggil polis untuk dirakam kenyataan ekoran laporan polis yang dibuat Latiff Ahmad.

"Saya akan hadir pada jam 3 petang ini di IPD Sentul.

"Saya harap pihak polis juga bertindak secepat mungkin (seperti ini) untuk siasat laporan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir terhadap Abdul Latif," katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Isnin lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) di wakili Akmal membuat laporan polis terhadap Abdul Latif berkaitan isu perolehan LCS di IPD Dang Wangi.

Ia susulan pendedahan Rafizi serta laporan juruaudit dalaman telah menamakan Abdul Latiff yang disyaki terlibat dalam skandal LCS.

Artikel Berkaitan:

Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Sayed Ahmad Mui'izzuddin Al-Sayed Mohamad kemudiannya membuat laporan polis terhadap Rafizi pada Selasa.

Laporan itu dibuat susulan kenyataan Rafizi yang mengaitkan Abdul Latiff dan seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh didakwa isteri keduanya turut terlibat dalam penyelewengan projek LCS.