Isu LCS: PKR lapor polis terhadap Abd Latiff

Abd Latiff (kiri) dan Rafizi (kanan).
Abd Latiff (kiri) dan Rafizi (kanan).
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Latiff Ahmad berkaitan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Isnin.

Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, laporan polis yang dibuat itu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan di bawah Kanun Keseksaan sekiranya berlaku sebarang unsur salah guna kuasa, pecah amanah atau rasuah dalam skandal berkenaan.

"Pendedahan telah dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli serta laporan juruaudit dalaman telah menamakan Abd Latiff yang disyaki terlibat dalam skandal LCS.

"Namun, penafian menteri berkenaan sehinggalah saat ini hanyalah melalui kenyataan di Facebook tanpa mengemukakan apa-apa bukti yang kukuh," katanya pada sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin.

Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin.
Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Isnin.

Akmal berkata, beliau berharap polis menyiasat beberapa perkara antara aliran wang berkaitan isu tersebut serta konflik berkepentingan membabitkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu.

"Menteri berkenaan juga perlu mengisytiharkan hartanya untuk membantu siasatan," katanya.

Akmal berkata, beliau berharap pihak polis menjalankan siasatan secara terperinci berkaitan isu ini

Artikel Berkaitan:

"Saya juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya berkaitan isu itu pada Khamis," ujarnya.