Bung Moktar, isteri tinggalkan mahkamah

A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad dilihat keluar meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 4.40 petang pada Jumaat.

Beliau dan isteri berjalan keluar dari lobi menuju ke kenderaan yang siap sedia menunggu di pekarangan mahkamah.

Tiada sebarang sidang akhbar namun Bung Moktar sempat berjenaka kepada pengamal media sebelum memasuki kenderaan pelbagai guna (MPV).

Terdahulu, Pengerusi BN Sabah itu dan isterinya diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Bung Moktar, 64, dan Zizie Izette, 44, di akhir kes pendakwaan.

Artikel Berkaitan: