Tiga pendaki sesat di Gunung Panti ditemui selamat

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

KOTA TINGGI - Tiga pendaki termasuk seorang wanita yang sesat ketika mendaki Gunung Panti di sini, pada Khamis ditemukan selamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penguasa Bomba Kanan II Nasrul Jalil berkata, semua mangsa warga tempatan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia 20-an itu ditemukan pada jam 10 malam.

Katanya, mereka mula mendaki pada jam 7 pagi tadi sebelum sesat dalam kawasan hutan di gunung berkenaan.

"Mereka ditemukan pada jarak 300 meter dari 'check point' kedua Gunung Panti dan dibawa turun dari 'check point' tersebut.

"Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 10 anggota bomba, 12 anggota polis dan tujuh anggota Jabatan Perhutanan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sebelum itu pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.53 petang.

Artikel Berkaitan: