Pasangan 'kantoi' mencuri, selamba bawa keluar barang

Cubaan orang awam untuk menahan suspek lelaki gagal setelah berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan jenis Honda. (Gambar kecil: Muhammad Firdaus Shamsudin dicari polis bagi membantu siasatan.)
Cubaan orang awam untuk menahan suspek lelaki gagal setelah berjaya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan jenis Honda. (Gambar kecil: Muhammad Firdaus Shamsudin dicari polis bagi membantu siasatan.)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cubaan seorang wanita bersama-sama seorang lelaki melarikan pelbagai barangan bernilai hampir RM1,000 di sebuah pasar raya di Tebrau di sini pada malam Rabu, gagal apabila berjaya ditahan orang awam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu disedari pengurus pasar raya berkenaan pada jam 7.15 malam selepas pasangan terbabit keluar dari pasar raya tersebut tanpa membuat bayaran.

"Wanita berusia 31 tahun dan pasangannya, lelaki berusia 33 tahun mengambil beberapa barangan di pasar raya tersebut sebelum keluar tanpa buat pembayaran di laluan kaunter pembayaran secara layan diri.

"Pasangan itu mencuri barang antaranya pelbagai coklat, cangkuk kenderaan dan juga pemegang telefon bimbit semuanya bernilai RM952.19.

"Ketika cuba ditahan orang awam, suspek lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan suspek wanita menggunakan sebuah kenderaan jenis Honda City," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek lelaki yang memandu kenderaan itu secara tergesa-gesa turut melanggar sebuah motosikal dan sebuah kereta lain yang diparkir di pasar raya berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati suspek wanita warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga kesalahan lampau melibatkan kes dadah. Dia kini dikenakan reman selama empat hari," katanya.

Menurut Raub, polis sedang memburu suspek lelaki dikenali sebagai Muhammad Firdaus Shamsudin yang mempunyai 10 rekod lampau bersabit kes curi dalam bangunan, penyalahgunaan dadah dan juga kes jenayah.

Artikel Berkaitan:

Siasatan berhubung kejadian itu katanya, dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Sehubungan itu, kami turut meminati kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek untuk menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin menerusi talian 017-3498690," katanya.