DBKL pantau pokok tumbang

Sebahagian kenderaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang dihempap pokok tumbang pada Selasa lalu.
Sebahagian kenderaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang dihempap pokok tumbang pada Selasa lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil pelbagai pendekatan dalam menangani masalah pokok tumbang yang berlaku di sekitar Ibu negara.

DBKL dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya sedar pokok-pokok teduhan matang ini berisiko dan boleh mengancam nyawa serta harta benda warga ibu kota.

Katanya, DBKL kini masih melaksanakan inventori pokok dengan mengambil data-data pokok seperti usia, saiz lilitan, ketinggian serta jenis spesies untuk membuat 'Pelan Pengurusan Pokok Rendang' bagi mengurus hutan bandar di Kuala Lumpur dengan lebih efisien.

Menurutnya, pokok-pokok di sekitar Kuala Lumpur akan diperiksa oleh arboris yang bertauliah untuk menentukan jenis rawatan atau tindakan penyelenggaraan yang perlu dilakukan oleh kontraktor.

"Bagi pokok yang didapati memerlukan pemeriksaan lebih terperinci, DBKL akan melantik arboris untuk menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan alatan khas seperti 'resistograph' dan 'ficus sonic'.

"DBKL juga bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) untuk membuat kajian terhadap pokok landskap di sekitar Kuala Lumpur serta membantu mengurus hutan bandar di Kuala Lumpur, " katanya.

Antara kenderaan yang rosak dihempap pokok
Antara kenderaan yang rosak dihempap pokok

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, hujan lebat beserta ribut petir yang melanda ibu negara pada petang Selasa lalu menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air selain menyebabkan banyak pokok tumbang.

Ibu Pejabat Polis Bukit Aman antara yang terjejas apabila pokok yang tumbang menghempap 15 kenderaan termasuk kereta pasukan dan turut merosakkan pagar elektrik, bumbung taska serta memecahkan dinding kaca Menara 1 di situ.