Lelaki warga asing dakwa mahu tunjuk 'peace'

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing mendakwa hanya mahu memberi isyarat 'peace' sebelum ditahan kerana menunjukkan isyarat lucah ke arah anggota polis di hadapan pusat beli-belah Lot 10 di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, tiada motif sebenar mengenai tindakan suspek menunjukkan isyarat lucah.

"Alasan yang diberikan suspek hanya mahu menunjukkan isyarat 'peace'.

"Semasa penahanan dibuat, suspek juga didapati tidak membawa dokumen perjalanannya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pada Rabu, suspek berusia 39 tahun itu ditahan selepas menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis yang sedang bertugas di hadapan pusat beli-belah Lot 10.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli-belah tersebut sekitar jam 12.15 tengah malam.

Suspek kini direman tiga hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Kejadian itu tular di media sosial selepas satu klip video berdurasi 10 saat memaparkan tindakan lelaki itu merakam dirinya sendiri sambil menunjukkan jari tengah ke arah dua anggota polis.

Artikel Berkaitan: