459 tawan 11 gunung, bukit sempena misi pendakian merdeka

IGuru Negeri Sembilan turut tidak ketinggalan menyertai misi berkenaan. - Foto IGuru
IGuru Negeri Sembilan turut tidak ketinggalan menyertai misi berkenaan. - Foto IGuru
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 459 individu terdiri daripada guru, siswa jurusan pendidikan dan pelajar sekolah berjaya menawan 11 puncak gunung dan bukit secara berasingan di seluruh negara dalam Misi Pendakian Merdeka IGuru 2022 pada Rabu.

Pengarah Program Pendakian Merdeka IGuru, Mohamad Syafiq Sulaiman berkata, pendakian secara serentak itu membabitkan gunung dan bukit antaranya Bukit Suling, Pulau Pinang; Bukit Semanggol, Perak; Shah Alam Backyard Trail, Selangor; Bukit Kiara, Kuala Lumpur; Gunung Datuk, Melaka dan Bukit Batu Putih, Negeri Sembilan.

"Manakala terdapat dua bukit lagi ditawan pada hari Sabtu dan Ahad lalu iaitu Bukit Kechubung, Kedah dan Bukit Tunggal, Perak.

"Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan di lokasi adalah kibaran jalur gemilang serta laungan kemerdekaan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, program pendakian itu dibuat sebagai simbolik kesungguhan warga guru mengangkat dunia pendidikan bagi mengukuhkan makna kemerdekaan negara.

"Ia merupakan program yang julung kali ini diadakan bertujuan untuk mengajak warga guru dan pelajar bagi menghargai nikmat kemerdekaan negara di samping kesedaran terhadap kepentingan menjaga kecergasan fizikal," katanya.

Artikel Berkaitan: