Chelsea, Barkley berpisah

Barkley (kanan) ketika aksi Pusingan Ketiga Piala FA, Chelsea menentang Chesterfield di Stamford Bridge, London pada 2022. - Foto AFP
Barkley (kanan) ketika aksi Pusingan Ketiga Piala FA, Chelsea menentang Chesterfield di Stamford Bridge, London pada 2022. - Foto AFP
A
A
A

PEMAIN tengah England, Ross Barkley meninggalkan Chelsea dengan persetujuan bersama, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain berusia 28 tahun itu meninggalkan kelab zaman kanak-kanaknya, Everton bagi menyertai Chelsea pada 2018 sebelum membuat 100 penampilan untuk kelab London barat dalam semua pertandingan dan menjaringkan 12 gol.

Dia membantu Chelsea memenangi Piala FA, Liga Europa dan Piala Dunia Kelab, namun bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan pasukan, menghabiskan satu musim secara pinjaman di Aston Villa.

Perlawanan terakhir Barkley untuk Chelsea adalah menentang Watford pada Mei yang menyaksikan jaringannya memastikan kemenangan dalam perlawanan liga terakhir musim ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ross atas sumbangannya kepada Chelsea dan mengucapkan selamat maju jaya sepanjang kariernya,” kata Chelsea dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Barkley yang bermain untuk England sebanyak 33 kali, akan mencari kelab baharu sebagai ejen bebas.

Artikel Berkaitan: