Pesara polis terima penghargaan Raja Thailand

Ahmad menunjukkan penghargaan yang diterima daripada Raja Thailand selepas berjaya menawan komunis di Pattani pada tahun 1969.
Ahmad menunjukkan penghargaan yang diterima daripada Raja Thailand selepas berjaya menawan komunis di Pattani pada tahun 1969.
A
A
A

IPOH - Detik bertempur dalam hutan di Selatan Thailand sekitar tahun 1969 masih segar di ingatan Sub Inspektor (B) Ahmad Mat Zainal, 81, apabila Pasukan Polis Hutan berjaya menawan kumpulan komunis.

Susulan kejayaan menawan kem musuh di Pattani itu, 15 anggota pasukannya mendapat penghargaan daripada Raja Thailand.

"Kami mengesan kumpulan ini sehingga di sebuah hutan di Thailand. Pertempuran pertama, kami berjaya merampas pelbagai perkakas dan makanan.

"Atas kejayaan itu, wakil kerajaan Thailand hadir untuk menyerahkan pingat sebelum sama-sama bergerak menyerang kumpulan pengganas buat kali kedua," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Ahmad merupakan salah seorang daripada 14 wira yang menerima sumbangan Wira Negara yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak.

Menurut Ahmad, kerjasama yang terjalin antara dua negara membawa kejayaan dengan menawan sebuah bukit yang dihuni kumpulan komunis.

Saarani (tengah) bermesra dengan pesara-pesara PDRM yang menerima sumbangan Wira Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak pada Rabu.
Saarani (tengah) bermesra dengan pesara-pesara PDRM yang menerima sumbangan Wira Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 peringkat negeri Perak pada Rabu.

"Semangat berjuang sentiasa membara berikutan komunis sebelum itu bertindak kejam membunuh pasangan suami isteri di kampung saya di Kuala Kangsar.

Artikel Berkaitan:

"Dengan susah payah pasukan kami berkhidmat demi negara, saya nasihatkan generasi muda agar dapat menghargai makna kebebasan hari ini," katanya yang bersara pada Disember 1998.

Pada majlis itu, Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada 21 pemenang bagi tujuh kategori Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan negeri Perak.

Bagi pertandingan Perbarisan Hari Kebangsaan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kinta, Sekolah Raja Perempuan Taayah, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sam Tet dan PDT Hulu Perak menang bagi kategori masing-masing.