Azalina masih Penasihat Undang-Undang PM

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akhirnya membuka mulut menolak spekulasi beliau meletakkan jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

Azalina membuat pengesahan itu menerusi hantaran di laman Facebooknya pada pagi Rabu.

"Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia

"Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65," katanya.

Sebelum ini portal melaporkan beliau telah meletakkan jawatan pada Selasa.

Sebelum itu juga telah tular di Twitter berhubung perkara sama.

Beliau dilantik ke jawatan berkenaan pada pada 2 Oktober 2021.

Surat pelantikan itu diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!