MAIS tawar potongan 50 peratus yuran daftar wasiat

Gambar hiasan - Foto 123rf (Gambar kecil: Ahmad Shahir)
Gambar hiasan - Foto 123rf (Gambar kecil: Ahmad Shahir)
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus bagi yuran pendaftaran permohonan membuat wasiat sempena bulan kemerdekaan.

Setiausahanya, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, potongan harga itu ditawarkan kepada orang awam bermula bulan ini sehingga 18 September depan.

Menurut beliau, tawaran istimewa itu dibuka kepada 2,000 pelanggan terawal membuat permohonan.

"Pelanggan yang ingin membuat permohonan wasiat di MAIS hanya perlu membayar RM150 dalam tempoh berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ahmad Shahir memberitahu, permohonan wasiat boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai wasiat boleh melayari https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/ atau media sosial MAIS iaitu Facebook (FB) dan Instagram," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: