Habib bantu PPZ-MAIWP sebar luas dakwah zakat emas

Abdul Hakim (dua dari kanan) bersama Zaruddin (kiri) pada pelancaran Kempen Zakat Emas yang berlangsung di Habib Ampang Point pada Isnin.
Abdul Hakim (dua dari kanan) bersama Zaruddin (kiri) pada pelancaran Kempen Zakat Emas yang berlangsung di Habib Ampang Point pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Habib Jewels (Habib), syarikat barangan kemas pertama dipilih oleh Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk membantu menyebar luas dakwah zakat emas menerusi Kempen Zakat Emas.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, kempen itu akan berlangsung selama sebulan bermula 1 September hingga 30 September 2022.

Menurutnya, sepanjang kempen itu, pembayar bertuah yang menunaikan zakat emas di PPZ-MAIWP berpeluang menang hadiah baucar tunai Habib bernilai sehingga RM10,000 dan 10 syiling emas edisi terhad.

Abdul Hakim berkata, kerjasama strategik itu merupakan medium holistik hebahan berzakat kepada masyarakat khususnya dalam kalangan pelanggan syarikat barangan kemas itu.

"Beberapa siri program bual bicara santai bersama pelanggan Habib dan pembayar zakat PPZ-MAIWP akan diadakan bagi perkongsian ilmu mengenai topik menarik bersama penceramah selebriti sepanjang kempen berlangsung.

"Sebagai nilai tambah perkhidmatan, PPZ-MAIWP turut menyediakan konsultasi secara personal kepada pelanggan Habib dalam taksiran dan bayaran zakat, pakej wakalah dan turut didedahkan promosi semasa barangan kemas syarikat itu," katanya pada pelancaran Kempen Zakat Emas di Habib Ampang Point pada Isnin.

Tambah beliau, kolobrasi itu tercetus daripada trend peningkatan kesedaran masyarakat untuk membeli, melabur dan menyimpan emas bagi mengukuhkah kewangan.

"PPZ-MAIWP memilih Habib kerana yakin dengan jenama dan kredibilitinya sebagai salah satu syarikat barangan kemas di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Ini merupakan satu permulaan buat PPZ-MAIWP untuk perluas kerjasama dengan syarikat barangan kemas lain bagi menyebar luas dakwah zakat emas dalam kalangan pelanggan disamping meningkatkan reputasi dan imej syarikat," tambahnya.

Beliau berkata, menerusi kempen itu, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat emas sebanyak RM500,000 membabitkan jumlah pembayar seramai 1,000 orang.

Abdul Hakim (kanan) menyampaikan plak pengiktirafan rakan sinergi kepada Zaruddin (kiri) pada pelancaran Kempen Zakat Emas di Habib Ampang Point pada Isnin.
Abdul Hakim (kanan) menyampaikan plak pengiktirafan rakan sinergi kepada Zaruddin (kiri) pada pelancaran Kempen Zakat Emas di Habib Ampang Point pada Isnin.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Jualan dan Pemasaran Habib, Zaruddin Mahmud berkata, peluang kerjasama itu merupakan satu penghormatan buat Habib sebagai satu jenama barang kemas dalam negara.

"Selain memberikan sokongan dan kesedaran, ini peluang yang baik buat kami untuk memberikan maklumat terperinci kepada pelanggan kami mengenai zakat emas.

"Kempen ini julung kali diadakan dan bukan mempromosi Habib tetapi tujuan utama untuk bersama-sama menyampaikan maklumat berkenaan aspek emas," katanya.