Penghantar makanan ditahan bersama 18 ketulan mampat ganja

TAIPING, 29 Ogos -- Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid (kanan) menunjukkan rampasan sebanyak 18 ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja seberat 18 KG bernilai RM54,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping hari ini.
Seorang penghantar makanan ditahan dipercayai mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Khamis lepas.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
TAIPING, 29 Ogos -- Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Supt Razlam Ab Hamid (kanan) menunjukkan rampasan sebanyak 18 ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja seberat 18 KG bernilai RM54,000 pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping hari ini. Seorang penghantar makanan ditahan dipercayai mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Khamis lepas. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

TAIPING - Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki mengedar dadah dalam satu sekatan jalan raya di Hentian Rehat dan Rawat Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat sini, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, lelaki berusia 37 tahun ditahan sepasukan polis peronda lebuh raya pada 9 pagi.

"Suspek menaiki kereta Perodua Alza yang dipinjam melalui anak saudaranya untuk melakukan aktiviti pengedaran tersebut dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor.

"Hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemukan satu guni plastik mengandungi 18 ketulan mampat daun kering dadah jenis ganja seberat 18 kilogram bernilai RM54,000 serta merampas wang tunai sejumlah RM2,119," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini pada Isnin.

Razlam berkata, suspek dipercayai mengambil upah mengedar dadah sejak Julai lepas dengan bekalan diperoleh dari Pulau Pinang untuk dibekalkan kepada kira-kira 10,000 penagih untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, suspek direman selama seminggu sejak Jumaat lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan: