Quarantin Bin disedia di Terminal Feri Antarabangsa Melaka

Seorang penumpang ferimeletakkan barangan larangan import ke dalam Quarantine Bin yang disediakan oleh Maqis di Terminal Feri Antarabangsa Melaka, Kompleks ICQS Muara Sungai Melaka.
Seorang penumpang ferimeletakkan barangan larangan import ke dalam Quarantine Bin yang disediakan oleh Maqis di Terminal Feri Antarabangsa Melaka, Kompleks ICQS Muara Sungai Melaka.
A
A
A

MELAKA – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menyediakan alatan khas, Quarantine Bin di Terminal Feri Antarabangsa Melaka, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Muara Sungai Melaka.

Pengarah Maqis Melaka dan Negeri Sembilan, Nora Dinah Abdul Rahman berkata, tujuan Quarantine Bin disediakan adalah untuk membolehkan penumpang membuat penyerahan barang larangan import secara sukarela sebelum memasuki kaunter pemeriksaan Maqis di Kompleks ICQS, Melaka.

Menurutnya, modus operandi yang biasa dilakukan para penumpang adalah memasukkan barang terlarang ke dalam bagasi pakaian bagi mengelakkan dikesan pegawai penguat kuasa semasa pemeriksaan.

“Kesemua barangan terlarang yang diimbas akan diperiksa oleh pegawai Maqis dan dimasukkan ke dalam Quarantine Bin.

Qurantine Bin memberikan kemudahan kepada penumpang untuk meletakkan barang larangan import.
Qurantine Bin memberikan kemudahan kepada penumpang untuk meletakkan barang larangan import.

“Kegagalan untuk mengemukakan permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) Akta yang sama,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata, Maqis sentiasa bersedia untuk melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi pertanian, ikan dan haiwan yang masuk atau keluar dari negara mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat.