Bulan Kemerdekaan: PTPTN bantu 760 keluarga asnaf

Apli (empat dari kiri) dan Ahmad Dasuki (enam dari kiri) menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada salah seorang penduduk kampung sebagai tanda keprihatinan PTPTN.
Apli (empat dari kiri) dan Ahmad Dasuki (enam dari kiri) menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada salah seorang penduduk kampung sebagai tanda keprihatinan PTPTN.
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Semarak Kemerdekaan Keluarga Malaysia Bersama PTPTN Tahun 2022 telah memperuntukan sebanyak RM60,800 untuk membantu 760 keluarga asnaf di 12 negeri seluruh Semenanjung Malaysia.

Program itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN melibatkan Skuad PTPTN Prihatin seluruh negara yang berlangsung mulai Ogos 2022 hingga September 2022.

“Melalui program ini, PTPTN berkongsi rezeki dengan memberikan sumbangan bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan harian kepada golongan yang memerlukan. Agihan sumbangan dimulakan di negeri Terengganu melibatkan penerima seramai 100 keluarga asnaf.

“Serahan sumbangan ini dibuat dari rumah ke rumah oleh konvoi bermotosikal Skuad PTPTN Prihatin bersama Majlis Belia Daerah Kuala Nerus yang turut disertai oleh pemimpin setempat. Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan, konvoi akan turut membawa bersama bendera Malaysia untuk diedarkan kepada penduduk setempat,” jelas kenyataan itu pada Isnin.

Program Semarak Kemerdekaan Keluarga Malaysia Bersama PTPTN Tahun 2022 telah diadakan di Kuala
Nerus, Terengganu bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan menghayati erti kemerdekaan.
Program Semarak Kemerdekaan Keluarga Malaysia Bersama PTPTN Tahun 2022 telah diadakan di Kuala Nerus, Terengganu bagi menyemarakkan semangat cintakan negara dan menghayati erti kemerdekaan.

Program Semarak Kemerdekaan Keluarga Malaysia Bersama PTPTN Tahun 2022 di negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Pengerusi PTPTN, Apli Yusoff.

Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengurus Besar Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Terengganu, Azizah Nasik @ Abd Rashid.

Sementara itu, Apli berkata, program itu merupakan program yang julung-julung kali diadakan selain daripada Program Bayi Merdeka yang pernah dilaksanakan PTPTN sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bersempena dengan bulan kebangsaan tahun 2022, PTPTN telah membuat kelainan dengan mengadakan Program Semarak Kemerdekaan Keluarga Malaysia dengan aktiviti konvoi bermotosikal memberi sumbangan bakul makanan kepada penduduk setempat yang terpilih.

“Semoga dengan pemberian sumbangan ini dapat mengukir senyuman di wajah keluarga asnaf yang memerlukan serta secara tidak langsung mewujudkan hubungan baik antara PTPTN dengan pemimpin dan masyarakat setempat bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan 2022 iaitu Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” katanya.