Lelaki maut dibaham singa

Seorang lelaki diserang seekor singa di Zoo Accra pada Ahad. - Foto Facebook
Seorang lelaki diserang seekor singa di Zoo Accra pada Ahad. - Foto Facebook
A
A
A

ACCRA - Seorang lelaki pertengahan umur maut selepas diserang seekor singa betina di Zoo Accra, Ghana yang terletak di dalam Hutan Achimota pada Ahad.

Lelaki berkenaan didakwa menceroboh masuk ke dalam kandang singa itu sebelum diserang dan dicederakan haiwan tersebut.

Dia disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan.

Pada jam 12 tengah hari, beberapa pegawai di zoo itu mengesan lelaki tersebut memasuki kandang tersebut.

Bagaimanapun, motif dia memasuki kendang singa itu masih belum diketahui, lapor kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perhutanan negara itu, John Allotey.

Singa betina itu dan dua anaknya masih selamat berada di dalam kurungan di Zoo Accra di Zoo Accra, tambahnya.

Jurucakap polis memberitahu AFP: "Kami sedang menyiasat kes itu untuk menentukan bagaimana lelaki itu masuk ke kawasan larangan." - Agensi

Artikel Berkaitan: