United teruskan rentak kemenangan

Fernandes meraikan jaringannya yang membantu United menewaskan Southampton di Stadium St Mary pada Sabtu.
Fernandes meraikan jaringannya yang membantu United menewaskan Southampton di Stadium St Mary pada Sabtu.
A
A
A

MANCHESTER United meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Southampton 1-0 di Stadium St Mary pada Sabtu.

Gol tunggal yang dijaringkan pemain tengah United, Bruno Fernandes pada babak kedua sudah cukup untuk memberikan kemenangan kedua berturut-turut buat United dan menamatkan tujuh kekalahan yang berlanjutan sejak musim lalu.

"Saya rasa pemain mendapat sedikit pengajaran daripada aksi menentang Brentford. Kami lebih kompak ketika melakukan hantaran bola jauh.

“Saya rasa masih ada ruang untuk pasukan memperbaiki segala kelemahan yang ada. Saya berasakan ia tidak akan mengambil masa yang lama kerana kami sudah menghampirinya,” kata jurulatih United, Erik ten Hag.

Dalam masa yang sama, Ten Hag turut memuji aksi yang ditampilkan Fernandes dalam perlawanan ini sambil menyifatkan lilitan kapten pasukan yang diberikan kepadanya sejak minggu lalu membantu pemain tersebut untuk beraksi lebih baik.

“Saya melihat lilitan kapten itu memberi semangat kepada Fernandes. Ia dapat dilihat sejak perlawanan pada Isnin yang lalu di mana dia memberikan aksi yang hebat dan mencipta banyak peluang.

“Hari ini dia membawa perkara yang sama di atas padang dan penyudahnya benar-benar hebat,” katanya.

Artikel Berkaitan: