Sterling wira Chelsea

Sterling meraikan jaringannya ketika bantu Chelsea tumpaskan Leicester di Stamford Bridge awal pagi Ahad.
Sterling meraikan jaringannya ketika bantu Chelsea tumpaskan Leicester di Stamford Bridge awal pagi Ahad.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel yakin pemain sayapnya, Raheem Sterling mampu untuk menjaringkan lebih banyak gol buat pasukannya selepas ini.

Malah Tuchel turut mengakui jaringan awal Sterling antara kunci kemenangan pasukannya ke atas Leicester apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain tengahnya, Connor Gallagher dilayangkan kad merah pada babak pertama.

“Apabila kami bermain dengan kurang seorang pemain, kami memerlukan semangat baru. Sterling berjaya menaikkan semangat pasukan dengan gol pertamanya.

"Gol (Sterling) itu penting kerana ia membuatkan kami percaya bahawa kami mampu untuk memenangi perlawanan ini.

“Kami memerlukan dia (sterling) untuk menjaringkan gol, itulah yang dia lakukan dan dia akan menjaringkan gol. Saya dapat merasakan dia tidak gembira sebelum ini kerana dia mahu menjaringkan lebih banyak gol.

“Saya yakin selepas ini dia akan lebih banyak mencipta peluang dan gol buat pasukan," katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stamford Bridge, Leicester gagal memanfaatkan peluang bermain dengan lebih satu pemain apabila tewas 2-1 kepada Chelsea.

Chelsea berjaya menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi Sterling, manakala gol saguhati Leicester dijaringkan pemain saypanya Harvey Barnes.

Artikel Berkaitan: