Syeikh Osama imarahkan Malaysia #Quranhour di Perak

Noor Mazlina
Noor Mazlina
A
A
A

IPOH - Guru al-Quran di Masjidil Haram, Syeikh Osama Mohamad Iqbal antara yang hadir menyertai Malaysia #Quranhour 2022 peringkat negeri Perak di Masjid Sultan Azlan Shah, Selasa ini.

Penasihat Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah berkata, program bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 itu mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan negeri dan rakan sinergi lain, termasuklah Jabatan Mufti dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Menurutnya, selain Syeikh Osama, turut hadir mengimarahkan program itu adalah Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak, Kebangsaan dan Antarabangsa, Radzi Kamarul Hailan.

"Program akan bermula seawal jam 11.30 pagi sehingga 1.30 petang, kali ini mengangkat surah Al-Sajdah.

"Bagi 500 orang pertama yang hadir akan mendapat al-Quran Wakaf," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, Malaysia #Quranhour 2022 turut diadakan secara serentak di beberapa lokasi lain anjuran organisasi di bawah Rumah Ngaji Perak, insititusi awam dan swasta.

Katanya, antara lokasi adalah di Pusat lslam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Laman Pejabat Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama, Kem Tahanan Pusat Koreksional ( Penjara) Taiping, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Batu Kurau.

"Dengan gelombang kerjasama ini, kita menyasarkan 10,000 orang akan hadir secara fizikal di semua lokasi di seluruh negeri," katanya.

Artikel Berkaitan: