Tujuh maut akibat serangan di taman permainan

Orang ramai memeriksa sebuah taman permainan selepas serangan udara di Mekelle, Habsyah pada Jumaat lalu. - Foto Tigrai TV/Reuters
Orang ramai memeriksa sebuah taman permainan selepas serangan udara di Mekelle, Habsyah pada Jumaat lalu. - Foto Tigrai TV/Reuters
A
A
A

NAIROBI - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam serangan udara di sebuah kawasan permainan di ibu kota wilayah Tigray, Mekelle di utara Ethiopia pada Jumaat.

Menurut seorang pegawai perubatan, tiga kanak-kanak adalah antara yang maut tetapi seorang jurucakap kerajaan persekutuan menafikan sebarang kemalangan jiwa berrlaku dalam kalangan orang awam.

Serangan udara ke atas Mekelle berlaku dua hari selepas pertempuran meletus lagi antara kerajaan negara itu dengan tentera Tigray di sempadan wilayah Tigray dan Amhara sekali gus memusnahkan perjanjian gencatan senjata.

Menurut Televisyen Tigrai yang dikawal oleh pihak berkuasa wilayah, kerajaan persekutuan dipersalahkan ekoran serangan itu.

Tiada pesawat tentera lain beroperasi di ruang udara Habsyah.

Fasika Amdeslasie iaitu pakar bedah di Hospital Ayder berkata, seorang rakan sekerja di Hospital Mekelle memberitahunya bahawa tiga mayat iaitu seorang ibu dan anaknya serta seorang lagi yang tidak dikenali diterima oleh pusat perubatan itu.

Katanya, seorang mayat budak lelaki berumur kira-kira 10 tahun, dua wanita dan seorang remaja dihantar ke Hospital Ayder, menurut laporan Reuters.

Angka tersebut menjadikan tujuh mangsa maut dalam kejadian tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: