Awan ungu di langit bandar Chile

Awan berwarna ungu muncul di langit bandar Pozo Almonte baru-baru ini. - Foto Twitter/Jeannette Quim
Awan berwarna ungu muncul di langit bandar Pozo Almonte baru-baru ini. - Foto Twitter/Jeannette Quim
A
A
A

SANTIAGO - Awan ungu misteri di langit sebuah bandar di Chile telah membingungkan penduduk tempatan dan pegawai negara itu baru-baru ini.

Ia berlaku di bandar Pozo Almonte, di utara negara tersebut dan fenomena itu sedang disiasat di Chile.

Awan itu dipercayai terdiri daripada wap iodin dan berada berhampiran dengan lombong Cala Cala yang dimiliki oleh sebuah syarikat.

Christian Ibanez iaitu Timbalan Ketua Wilayah Tarapaca berkata, pihaknya sedang menjalankan pemeriksaan dan mendapati kejadian itu disebabkan oleh kegagalan motor pam pendesak.

Seorang pegawai alam sekitar, Emanuel Ibarra pula menyatakan kegagalan pam itu telah menyebabkan iodin di loji itu berubah daripada pepejal kepada keadaan gas. - Agensi

Artikel Berkaitan: