Polis cari lelaki mabuk rosakkan kereta abang kandung

Seorang lelaki dipercayai mabuk bertindak merosakkan kereta milik abangnya sendiri dalam kejadian di Flat Seri Perak, Sentul di sini pada Khamis.
Seorang lelaki dipercayai mabuk bertindak merosakkan kereta milik abangnya sendiri dalam kejadian di Flat Seri Perak, Sentul di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Gara-gara mabuk seorang lelaki diburu setelah merosakkan kereta milik abangnya sendiri dalam kejadian di Flat Seri Perak, Sentul di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, laporan dibuat oleh abang suspek kira-kira jam 9.11 malam.

"Siasatan dijalankan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 5.17 petang itu, suspek yang berumur 24 tahun itu bertindak memecahkan cermin kereta dengan membaling objek dipercayai batu.

"Selain itu, suspek juga telah mematahkan pemegang pintu kereta dan mencabut bilah pengelap cermin hadapan kereta tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, ketika kejadian suspek dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Polis dalam usaha untuk mengesan suspek yang telah melarikan diri.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: