Lokasi Terengganu Bike Week diubah

Terengganu Bike Week pasti mendapat sambutan daripada kelab permotoran dalam dan luar negara.
Terengganu Bike Week pasti mendapat sambutan daripada kelab permotoran dalam dan luar negara.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lokasi penganjuran Terengganu Bike Week 2019 di Pantai Batu Buruk akan diubah susulan aduan bunyi bising yang mengganggu pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, ia telah diadukan kepada Pengerusi Kelab Motor Muda JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Kita mendapat banyak aduan dari orang ramai terutamanya daripada pihak HSNZ yang terganggu akibat bunyi kuat daripada enjin motosikal sehingga menggangu pesakit.

"Kita akan berbincang untuk menukar lokasi dan menambahbaik program tahunan di Terengganu itu," katanya.

Beliau berkata, antara lokasi yang sesuai ialah di Kompleks Sukan Sultan Zainal Abidin, Gong Badak atau Pulau Warisan di Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan: