Selangor anjur simulasi banjir September depan

Amirudin selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, pada Jumaat.
Amirudin selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong, pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengadakan simulasi bagi berdepan kemungkinan berlakunya banjir di negeri tersebut pada September depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, simulasi tersebut meliputi operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir yang perlu ditambah baik.

Menurutnya, ia berikutan misi itu lambat dilaksanakan semasa banjir besar yang melanda negeri tersebut, pada Disember tahun lalu.

"Dalam kejadian banjir (Disember) lepas, misi mencari dan menyelamat kita sedikit lewat.

"Kita belajar daripada pengalaman itu untuk tambah baik operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir jika berlaku banjir, bagaimana misi tersebut dijalankan, kaedah amaran dilaungkan," ujar beliau.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Idaman Bukit Jelutong di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, beberapa projek infrastruktur yang sedang dirancang dan ingin dilaksanakan perlu dilakukan secepat mungkin.

Artikel Berkaitan: